Sunday, April 10, 2011 | By: murni88

~aNNah rAiS~

Depth Of Field


f-stop -f/5.6
Exposure Time- 1/15
ISO- 100
Focal Length- 55mm


Bunga ini diambil semasa saya mengunjungi perkampungan Annah Rais. Terdapat banyak jenis bunga yang menarik. Tetapi bunga ini lebih menarik perhatian saya kerana warnanya. Gambar ini adalah depth of field kerana bahagian belakang adalah blur.

Dramatic


f-stop- 22
Exposure Time- 1/25
ISO- 200
Focal Length- 48mm


Gambar ini adalah mengenai kanak-kanak yang tinggal di perkampungan annah rais ini. Gambar ini menceritakan tentang persahabatan yang erat serta keseronokkan semasa menerima kunjungan kami.

Landscape and The Rule of Third

 f-stop- f/20
Exposure time- 1/10sec
ISO- 200
Focal Length- 120mm

Gambar ini diambil di kawasan air terjun yang berdekatan dengan Annah Rais. Untuk ke air terjun ini, kami terpaksa memerah keringat berjalan kaki mendaki bukit untuk sampai. Usaha kami tidak sia-sia apabila kami berjaya juga sampai di kawasan air terjun ini. Penat lelah kami terubat setelah menikmati kesejukkan serta kedamaian air terjun ini. Gambar ini menunjukkan sekumpulan gadis yang sebang berehat dan menikmati keindahan air terjun ini setelah bersusah-payah mendaki bukit.

Composision and Depth of Field

 f-stop- f/6.3
Exposure Time- 1/13sec
ISO- 200
focal length- 200mm

Gambar ini diambil dikawasan tebing sungai air terjun berhampiran Annah Rais. Gambar ini menunjukkan sejenis tumbuhan yang terdapat dikawasan air terjun ini. Gambar ini diambil dengan memfokuskan tumbuhan, pada bahagian belakang dan hadapan blur dan subjek matter berada di bahagian tepi, menunjukkan composision yang berlainan.

0 comments:

Post a Comment