Sunday, April 10, 2011 | By: murni88

~fOOd~

~Food~

 f-stop- f/7.1
Exposure time- 1/250sec
ISO- 200
Focal Length- 33mm

Saya sangat teruja untuk membuat assignment ini kerana beberapa 'trick' digunakan untuk menjadikan makanan ini tampak segar dan menyelerakan. Untuk menimbullkan lagi warnanaya kami menyapu sedikit minyak untuk menjadikannya bersinar. Selain itu, kami juga menyembur sedikit air yang telah dicampur dengan gel rambut. Lighting diletakkan di kedua-dua bahagian sisi serta bahagian bawah. Gambar ni betol-betol buat saya terliur.......



~Botol~


 f-stop- f/18
Exposure Time- 1/200sec
ISO- 400
Focal Length 40mm

Fuh..... memang susah nak amik gambar botol ni. Pada permulaan kami mengalami masalah untuk shoot gambar nie sebab tersilap setting camera. Setelah banyak kali mencuba dan setting balik camera baru la dapat shot gambar botol ni. Walaubagaimanapun gambar ini masih lagi kurang menjadi. Tetepi ini la yang mampu kami shoot setelah banyak kali mengalami kegagalan. Untuk menampakkan air ini 'fresh', kami telah menyembur air yang dicampur dengan gel tadi pada bahagian luar. Lighting masih berada pada kedudukan yang sama seperti diatas.




~Gelas~


F-stop- f/18
Exposure Time- 1/200sec
ISO- 200
Focal Length- 46mm




Perrhh........ yang ni lagi la susah nak shoot.... sebab gelas ni tak kontra dengan background. Bila kami shoot asyik jadi putih je.. Setelah kami mengubah setting camera serta meletakkan sedikit bahan untuk menkontra gelas ini daripada background, baru la kami berhasil mengambil gamabr gelas ini. Untuk menampakkan air didalam gelas 'fresh' kami menyembur air yang dicampur dengan gel pada bahagian luar gelas. Lampu masih berada di posisi yang sama seperti untuk shoot gambar makanan.

~aNNah rAiS~

Depth Of Field


f-stop -f/5.6
Exposure Time- 1/15
ISO- 100
Focal Length- 55mm


Bunga ini diambil semasa saya mengunjungi perkampungan Annah Rais. Terdapat banyak jenis bunga yang menarik. Tetapi bunga ini lebih menarik perhatian saya kerana warnanya. Gambar ini adalah depth of field kerana bahagian belakang adalah blur.

Dramatic


f-stop- 22
Exposure Time- 1/25
ISO- 200
Focal Length- 48mm


Gambar ini adalah mengenai kanak-kanak yang tinggal di perkampungan annah rais ini. Gambar ini menceritakan tentang persahabatan yang erat serta keseronokkan semasa menerima kunjungan kami.

Landscape and The Rule of Third

 f-stop- f/20
Exposure time- 1/10sec
ISO- 200
Focal Length- 120mm

Gambar ini diambil di kawasan air terjun yang berdekatan dengan Annah Rais. Untuk ke air terjun ini, kami terpaksa memerah keringat berjalan kaki mendaki bukit untuk sampai. Usaha kami tidak sia-sia apabila kami berjaya juga sampai di kawasan air terjun ini. Penat lelah kami terubat setelah menikmati kesejukkan serta kedamaian air terjun ini. Gambar ini menunjukkan sekumpulan gadis yang sebang berehat dan menikmati keindahan air terjun ini setelah bersusah-payah mendaki bukit.

Composision and Depth of Field

 f-stop- f/6.3
Exposure Time- 1/13sec
ISO- 200
focal length- 200mm

Gambar ini diambil dikawasan tebing sungai air terjun berhampiran Annah Rais. Gambar ini menunjukkan sejenis tumbuhan yang terdapat dikawasan air terjun ini. Gambar ini diambil dengan memfokuskan tumbuhan, pada bahagian belakang dan hadapan blur dan subjek matter berada di bahagian tepi, menunjukkan composision yang berlainan.

Friday, March 25, 2011 | By: murni88

~ModEl oUtDoor~

Posisi 1

f/5.6
ISO-100
Focal Length-34mm

Posisi 2

f/5.6
Exposure- 1/30sec
ISO-100
Focal Length-55mm




Posisi 3

f/5.6
ISO-100
Exposure-1/50
Focal Length-55mm

Posisi 4


f/7.1
Exposure Time-1/15
ISO-100
Focal Length-49mm


Assingment ini adalah bertujuan untuk menimbulkan lighting  pada subjek dengan menggunakan 'reflector'. Saya telah menggunakan reflector untuk menjadikan subjek matter menjadi lebih cerah dan bersinar. Hasil adalah berbeza daripada gambar yang diambil tanpa reflector. Reflector diletakkan pada posisi yang berlainan untuk mendapatkan kesan reflect yang berlainan.
Thursday, March 24, 2011 | By: murni88

~HdR~

Gambar Asal

Gambar ini adalah gambar yang sebenar sebelum diedit didalam Photometix.

Eksperimen 1



Ilmu yang baru saja saya pelajari. Mengedit gambar menggunakan Hdr. Untuk menghasilkan gambar yang menarik ini, terlebih dahulu saya harus copy gambar ini menjadi tiga keping didalam photoshop. Kemudian dua radipada gambar tersebut harus diubah exposurenya samada tinggi atau rendah. Kemudian saya mengeksport tiga gambar tadi kedalam Photometix HDR. Untuk menjadikannya lebih menarik saya mengubah tahap brightness, vivid, dan juga yang lain. Ternyata hasil adalah berbeza daripada yang asal.


Thursday, March 17, 2011 | By: murni88

~MoDeL ShOOT iNdOOr~

1) Front Light
 Iso-200
Focal Length-39mm
f-stop - f/8

Tidak sukar melakukkan shoot untuk front light kerana soft box hanya perlu diletakkan berhadapan dengan model. Tidak begitu manarik kerana terlalu straight.


2) Highlight
 f-stop-f/6.3
iso-200
Focal Length-50mm

Lighting perlu diletakkan pada bahagian belakang model untuk menimbulkan outline dan bertujuan untuk haighlight rambut model untuk menjadikannya lebih menarik. 

3) Rembrandt Lighting
f-stop - f/8
ISO-200
Focal Lenght - 42mm
  
Untuk foto ini, soft box perlu berada di antara 45'.. . 'Rembrandt lighting' pula menimbulkan bentuk segi tiga pada pipi model


4) Side Light
F-Stop - f/8
ISO - 200
Focal Lenght- 45mm

Soft box perlu diletakkan pada bahagian sisi model samada kanan atau kiri. tujuannya adalah untuk menimbulkan cahaya di sebelah sisi sahaja,manakala di sebelah lagi akan kelihatan gelap


5) Butterfly Lighting
F-stop- f/7.1
ISO- 200
Focal Lenght - 50mm

Lighting ini dihasikan bertujuan untuk mendapatkan lengkungan/bentuk butterfly' di bawah hidung model.Lighting ini terhasil apabila Soft box diletakkan pada ketinggiannya yang melebihi ketinggian model

Tuesday, March 8, 2011 | By: murni88

~ tILt sHiFt~



Eksperimen 1

Menggunakan effect Gaussian Blur. Menfokuskan pada bangunan Hasil.

Eksperimen2


Menggunakan effect Radial Blur. Blur Method adalah Jenis zoom. Menfokuskan pada bagunan Riverside Hotel.
Original Picture

Eksperimen di atas adalah mengunakan gambar yang sama cuma dibezakan melalui penggunaan effect. Hasil adalah berbeza tetapi penggunaan effect Gaussian Blur menjadikan gambar lebih menarik.

 f/13
ISO-200
Focal Length-39mm
Exposure time-1/40sec



Eksperimen1


Menggunakan effect jenis surface blur. Menampakkan hasil yang lebih menarik.






Eksperimen2

Menggunakan effect jenis Gaussian Blur.

Eksperimen3

Menggunakan effect Surface Blur. Hanya menfokuskan pada sampan yang berwarna biru. Nampak lebih menarik.

Original Picture


Eksperimen yang dijalankan adalah dengan menggunakan gambar yang sama cuma dibezakan melalui penggunaan effect. Hasil adalah lebih menarik berbanding gambar yang asal.

Nikon D40
ISO-400
Focal Length -18mm
F/4




Tuesday, February 15, 2011 | By: murni88

~ruLE Of tHirD~

Eksperimen 1

Subjek matter saya adalah tunas pokok. Menggunakan Aperture F/18, manakala focal Length 55mm dan Eksposure Time adalah 1/13 sec. Menggunakan speed ISO-200. Elemen yang diambil berat adalah komposisi dan warna. Diambil di sekitar Taman Sahabat.












Eksperimen 2

Subjek matter merupakan seorang bayi yang berusia 9 bulan.  Menggunakan Lens Aperture F/6.3, manakala Focal Lenght adalah 55mm. Saya turut menggunakan ISO-200 dan Eksposure Time adalah 1/160sec.Elemen yang diterapkan adalah komposisi, warna dan emosi. Diambil di rumah.
Eksperimen 3

Subjek matter adalah seekor pepatung. Menggunakan Shutter Speed 1/20 sec, Lens Aperture F/25. Manakala Focl Length adalah 55mm, Eksposure time1/20 sec. Juga menggunakan ISO-200. Menekankan elemen komposisi dan juga warna. Diambil di Taman Sahabat.