Sunday, April 10, 2011 | By: murni88

~fOOd~

~Food~

 f-stop- f/7.1
Exposure time- 1/250sec
ISO- 200
Focal Length- 33mm

Saya sangat teruja untuk membuat assignment ini kerana beberapa 'trick' digunakan untuk menjadikan makanan ini tampak segar dan menyelerakan. Untuk menimbullkan lagi warnanaya kami menyapu sedikit minyak untuk menjadikannya bersinar. Selain itu, kami juga menyembur sedikit air yang telah dicampur dengan gel rambut. Lighting diletakkan di kedua-dua bahagian sisi serta bahagian bawah. Gambar ni betol-betol buat saya terliur.......



~Botol~


 f-stop- f/18
Exposure Time- 1/200sec
ISO- 400
Focal Length 40mm

Fuh..... memang susah nak amik gambar botol ni. Pada permulaan kami mengalami masalah untuk shoot gambar nie sebab tersilap setting camera. Setelah banyak kali mencuba dan setting balik camera baru la dapat shot gambar botol ni. Walaubagaimanapun gambar ini masih lagi kurang menjadi. Tetepi ini la yang mampu kami shoot setelah banyak kali mengalami kegagalan. Untuk menampakkan air ini 'fresh', kami telah menyembur air yang dicampur dengan gel tadi pada bahagian luar. Lighting masih berada pada kedudukan yang sama seperti diatas.




~Gelas~


F-stop- f/18
Exposure Time- 1/200sec
ISO- 200
Focal Length- 46mm




Perrhh........ yang ni lagi la susah nak shoot.... sebab gelas ni tak kontra dengan background. Bila kami shoot asyik jadi putih je.. Setelah kami mengubah setting camera serta meletakkan sedikit bahan untuk menkontra gelas ini daripada background, baru la kami berhasil mengambil gamabr gelas ini. Untuk menampakkan air didalam gelas 'fresh' kami menyembur air yang dicampur dengan gel pada bahagian luar gelas. Lampu masih berada di posisi yang sama seperti untuk shoot gambar makanan.

~aNNah rAiS~

Depth Of Field


f-stop -f/5.6
Exposure Time- 1/15
ISO- 100
Focal Length- 55mm


Bunga ini diambil semasa saya mengunjungi perkampungan Annah Rais. Terdapat banyak jenis bunga yang menarik. Tetapi bunga ini lebih menarik perhatian saya kerana warnanya. Gambar ini adalah depth of field kerana bahagian belakang adalah blur.

Dramatic


f-stop- 22
Exposure Time- 1/25
ISO- 200
Focal Length- 48mm


Gambar ini adalah mengenai kanak-kanak yang tinggal di perkampungan annah rais ini. Gambar ini menceritakan tentang persahabatan yang erat serta keseronokkan semasa menerima kunjungan kami.

Landscape and The Rule of Third

 f-stop- f/20
Exposure time- 1/10sec
ISO- 200
Focal Length- 120mm

Gambar ini diambil di kawasan air terjun yang berdekatan dengan Annah Rais. Untuk ke air terjun ini, kami terpaksa memerah keringat berjalan kaki mendaki bukit untuk sampai. Usaha kami tidak sia-sia apabila kami berjaya juga sampai di kawasan air terjun ini. Penat lelah kami terubat setelah menikmati kesejukkan serta kedamaian air terjun ini. Gambar ini menunjukkan sekumpulan gadis yang sebang berehat dan menikmati keindahan air terjun ini setelah bersusah-payah mendaki bukit.

Composision and Depth of Field

 f-stop- f/6.3
Exposure Time- 1/13sec
ISO- 200
focal length- 200mm

Gambar ini diambil dikawasan tebing sungai air terjun berhampiran Annah Rais. Gambar ini menunjukkan sejenis tumbuhan yang terdapat dikawasan air terjun ini. Gambar ini diambil dengan memfokuskan tumbuhan, pada bahagian belakang dan hadapan blur dan subjek matter berada di bahagian tepi, menunjukkan composision yang berlainan.